Bangunan Kain Hitam??


"Kenapa orang Islam
sembah bangunan kain hitam tu?"


"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"


"Baitullah tu apa?"
...


"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah
Allah"


"Allah ada dalam tu?"


"Tak.."


"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau
Allah tak ada dalam tu?"


"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."


"Kamu sembah apa?"


"Saya sembah Allah swt"


"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"


"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah
tetapi saya tak sembah Kaabah.."


"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah,
maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam
TV?"


"Pernah.. selalu.."


"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan
bola?"


"Tengok perlawanan bola la.."


"Di mana?"


"Dalam tv la.."


"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada
stadium dan perlawanan bola ke tak.."


"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya
ada.."


"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."


"So..?"


"Maknanya kamu tengok tv, bukan
perlawanan bola.. betul tak?"


"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui
tv tu.."


"Peliknya.."


"Sebab apa pulak pelik?"


"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola,
sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada
apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."


"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar,
tapi tv tu menayangkan gambar-gambar
perlawanan bola dalamnya.."


"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"


"Ya.. tak pelik.."


"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah
Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau
pun dalam Kaabah tak ada Allah.."


"Erk.. kau betul.."







Bersyukur menjadi Hamba ALLAH SWT

0 comments:

Post a Comment

Nur Yasira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Mohd Haziq Putra + Nur Yasira

Daisypath Anniversary tickers

Total PageViews

About This Blog

Hanya Sekadar Luahan Hati yg ingin dikongsi...Lebih Baik aku Menulis dari Tidur Terus.... ^_^ Biarkan Jari yang berkata-kata sambil menari tanggo di atas keyboard. :D
Powered by Blogger.

Popular Posts

Haziq's Followers

About Me

My photo
aku adalah aku. hanya ingin berkongsi luahan hati dan ilmu yang ada serba sedikit. tersilap kata, terkasar bahasa sehingga menusuk kalbu pembaca adalah tidak disengajakan sama sekali. (",)y.. te hee

Popular Posts