Kisah Raya Tahun Ini

Assalamualaikum wbt dan salam 1Blogger..


Hari ini aku nak cerita pasal Hari Raya aidil fitri pada tahun ini ,2011. Semalam Raya pertama kami cuma beraya kat rumah je sambil menikmati ketupat, rendang dengan lemang panas hehe :D. Itu lah hidangan wajib kami kalau beraya setiap tahun. kalau takde hidangan tu, rasa macam tak lengkap raya kami. Semua orang pon camtu gak kan?


Semalam pergi beli kasut kat Kuala Lumpur. Sepatutnya sebelum raya dah beli, ini lepas raya baru beli haha. Puas  juga lah aku cari, dapat jgak lah kasut Adidas F5 Ori. Limited dah tu. Di samping kami membeli kasut, sekali gus kami menanti dan countdown time to 0.00 a.m kat dataran merdeka. 
Merdeka!!!!! Merdeka!!! Merdeka!!!
Hamboi, semangat pula, bendera langsung tak beli. Tak patriotik langsung. Haha :'D


Okey, now sebenarnya aku nak cerita pada hari ini, Raya Ke-2.
Kami Balik Kampung...!!!!!!!!! yahooooo!!
Raya kali ini kami balik ke Kampar Perak, rumah Opah aku yang tersayang dengan Atuk Din aku. Sedang aku menaip ni, sebenarnya aku kat rumah lagi ni haha. Dalam pukul 3 setengah, jalan lah kot. Insyaallah. 


Raya kali ni tak raya kat rumah babah kat Kampung Baris, Bentong Pahang. Malas kot hahaha. Raya kat Perak rumah Opah lagi best sebab aku sememangnya rapat gn my Opah. haha. *Opah aku comel*
Tapi family kat Kampung Baris terlalu ramaiiiiiiii jumlahnya, tapi aku langsung tak rapat gn dorang. tak tau kenape.



Rendang Sedap Kegemaran. Haha



Bakar lemang sendiri baru puas, panas-panas lagi

 Mmg tahun ni byk betul moment2 menarik utk dikongsi bersama ! Kalian para blogger 
teruskan setia membaca k!!

“ Perjalanan jauh tak kurasa .. kerna hatiku melonjak sama “
Lagu Balik Kampung. Jom balik kampung, tak sabar rasanya.

Wassalam!!


2 comments:

c Kartun 3 September 2011 at 10:03  

best nye die beraya..^_^

Mohd Haziq Putra Azmee 4 September 2011 at 19:56  

haha... ^^ tQ.. best3x

Post a Comment

Nur Yasira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Mohd Haziq Putra + Nur Yasira

Daisypath Anniversary tickers

Total PageViews

About This Blog

Hanya Sekadar Luahan Hati yg ingin dikongsi...Lebih Baik aku Menulis dari Tidur Terus.... ^_^ Biarkan Jari yang berkata-kata sambil menari tanggo di atas keyboard. :D
Powered by Blogger.

Popular Posts

Haziq's Followers

About Me

My photo
aku adalah aku. hanya ingin berkongsi luahan hati dan ilmu yang ada serba sedikit. tersilap kata, terkasar bahasa sehingga menusuk kalbu pembaca adalah tidak disengajakan sama sekali. (",)y.. te hee

Popular Posts