Mengapa Anda Harus Merokok!!


Salam 1blogger, Salam 1 follower. Sebenarnya dah lama nak letak entry pasal rokok ni, tapi masa dan pemikiran banyak menganggu dan membelengu jiwa ini haha. Mengapa Merokok?? why smoke?? MENGAPA ANDA HARUS MEROKOK!!Ya, itulah tajuk entry pada pos kali ini. Kepada member- member gua di luar sana yang kebanyakannya yang merokok, entry ini hanyalah sekadar ilmu umum hehe :).



Selalunya, orang akan mula merokok pada usia remaja dan akan terus ketagihan sampai masa tua nanti.  Dan!! ketagihan merokok ni sudah pasti sukar untuk ditahan. Betul ke? Itu aku tak tahu, Lu pikir la sendiri ye. Yang aku nak taip ini Mengapa korang harus merokok!! Okey dengar betul-betul aku nak bagi tau sebabnya.



Kenapa orang benci dan tak suka perokok? Itu pun aku tak nak bagi tau, sebab lari tajuk. Nanti marah cikgu BM aku haha :D. Mengikut fakta yang aku baca, 50% dari lelaki dewasa di Malaysia ini adalah merupakan perokok. Tak baik tau korang benci-benci perokok ni. Nanti dapat pokwe or mokwe merokok baru tau.

Okey, untuk mendapatkan kepercayaan dan menguatkan lagi staement aku 'mengapa anda harus merokok'  aku bagi sebab-sebab dia lah ye. 





Anda mempunyai terlampau banyak pahala


Anda dah banyak sangat pahala dan sudah puas meniti kehidupan ini. Anda juga dah puas hidup?? Maka wajib lah anda sebagai manusia menghisap rokok. Hidup lama-lama pun tak  guna kan? Pahala pun dah berlambak sangat. Baik mati sekarang lagi senang!



Anda seorang yang kaya raya lagi macho

harga rokok pun sekarang semakin mahal, duit pun dah terlampau banyak kat dalam poket. Kalau tak merokok nanti kena cop miskin pulak kan. Orang kaya je yang mampu beli rokok ni. Biar papa asal bergaya. Lagi pun anda akan kelihatan lebih macho dan tampan!!



Anda tak akan diganggu nyamuk

Nyamuk? bukan setakat nyamuk! lalat, kucing, gajah pun lari oleh bau rokok. Dorang pun tahu bahayanya asap rokok. Lagi best kalau awek anda pun lari. Boleh gua kebas!!


Bau mulut anda sungguh menyegarkan dan enak

Haruman bau mulut anda berbeza dari orang lain, sungguh harum!!! i Like!! *kidding



Warna paru-paru anda unik dan cantik berbanding orang lain

Wahh.  Ini yang mantap! Warna hitam, coklat dan berkerak-kerakan. Juga kelihatan hampir reput.  Tunggu time je nak reput. Wow!! Sungguh unik. Korang nak tak?



Makanan korang lain dari yang lain

Orang lain makan nasi anda pula makan bhan radioaktif, gas beracun, pencuci lantai, ubat gegat, racun tikus dan racun anai-anai. Sungguh hebat!! Lebih membanggakan lagi, anda mampu makan Tar dan Nikotin. Racun terbesar!! Anda memang hebat jika anda mampu menikmati hidangan tersebut.



Okey, aku rasa banyak lagi ni sebab anda harus merokok!! Tapi aku nak cerita sampai ni je lah. Penat jari aku berjoget. Jadi renung-renungkan lah ye entry aku kali ini. Di bulan puasa yang mulia ini, elok lah ramai-ramai tekadkan dalam diri untuk berhenti merokok, orait?? 








Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah ayat 195- bermaksud: "Jangan kamu mencampak diri kamu kepada kebinasaan".








 xiQ~






2 comments:

Anonymous 19 August 2011 at 18:43  

hahaha..bagus la klu x merokok
kelakar la entry nie..sukew2..:)

Mohd Haziq Putra Azmee 23 August 2011 at 06:37  

hehe,,, renungan...hehehe

Post a Comment

Nur Yasira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Mohd Haziq Putra + Nur Yasira

Daisypath Anniversary tickers

Total PageViews

About This Blog

Hanya Sekadar Luahan Hati yg ingin dikongsi...Lebih Baik aku Menulis dari Tidur Terus.... ^_^ Biarkan Jari yang berkata-kata sambil menari tanggo di atas keyboard. :D
Powered by Blogger.

Popular Posts

Haziq's Followers

About Me

My photo
aku adalah aku. hanya ingin berkongsi luahan hati dan ilmu yang ada serba sedikit. tersilap kata, terkasar bahasa sehingga menusuk kalbu pembaca adalah tidak disengajakan sama sekali. (",)y.. te hee

Popular Posts