Jom Puasa !!

Bismillahirahmanirrahim~

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.”(Surah Al-Baqarah;183)

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca blog. Salam satu follower. :) Okey, Mesti korang dah banyak kali dah dengar kata-kata Allah kat atas tu kan? kan?? Mungkin korang dah hafal pun ayat tu.. Okey, Sedar x sedar bulan Ramadahan telah pun tiba, shaban pun dah melabuhkan tirainya. Memang aku tak sedar langsung. Aku harap aku dapat  menepuh ujian dan dugaan yang bakal ditempuh di dalam bulan yg mulia ini. Terutama NAFSU. Apa yang aku nak tekankan kat korang kat sini bahawa di bulan yg penuh keberkatan ini ,marilah kita bersama-sama menjalani ibadah puasa dengan rasa penuh kesabaran dan ketakwaan kepada Yang Satu. Apesal skema bebenor ayat aku ni? Bangga Cikgu Sal aku membaca. Haha :D


Semalam, lepas aku solat maghrib, terus bersedia depan tv menantikan pengumuman raya. Tunggu punya tunggu, masanya telah tiba. Aik? Mana Y.M Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Bin Engku Ngah yang selalu istiharkan puasa dengan raya tu? ??

what? bersara??...

Ya! Tepat sekali. Beliau telah bersara dan sedang bersara lah tu. "terdetik dalam hati, rindu pulak beliau." 
Apa-apa pun, habis je dengar pengistiharan puasa tu, aku dengan adik aku pun terus dengan semangatnya pergi masjid al- falah dengan menaiki kereta untuk menunaikan solat isya dan tarawikh secara berjemaah. 
Aku harap, tahun ini dapat lah aku menunaikan solat tarawikh penuh bulan ramadhan macam tahun lalu- lalu. 


belagak kejap..hee


on my way...~

Selesai je aku solat isya dan tarawikh berjemaah, tanpa berlengah lagi dengan muka yang cool, aku dengan member terus mencekik moreh yang disediakan haha. Di samping itu, berjalan-jalan sambil menghirup udara yang segar bugar kat kawasan masjid al-falah.  (Ambil ketenangan dulu sebelum puasa..hehe )

Okey, di sini aku nak kongsi serba sedikit ilmu copy paste aku  dari profesor google dan dari buku tentang kelebihan orang yang berpuasa: 


.....................................................................................


Bau mulut orang yang berpuasa ibarat haruman kasturi di sisi Allah. *Ini antara ayat yang selalu aku guna time kecik-kecik sampai aku besar hehe :). Ini Ustazah aku time tadika yang ajar. Walaupun mulut aku cuma berbau harum seperti Fresh n White namun, di sisi Allah, orang yang berpuasa ibarat haruman kasturi.






Imam Ahmad, al-Tirmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat keatasnya sehingga selesai makanannya”.  *Wah, malaikat begitu memuliakan orang yang berpuasa sehingga semasa kita sedang berbuka, malaikat berselawat ke atas kita. ^_^





Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak”.  *Allah akan sentiasa memakbulkan doa hambanya yang berpuasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Bersyukur.




Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika;


“Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita. 
*Untunglah kita umat Islam dapat berpuasa setiap tahun dalam sebulan, terbukti di eropah bahawa puasa tu pun terdapat banyak kebaikan untuk kesihatan kita. Bersyukur lah kita dapat berpuasa sebulan setahun.


Sebenarnya banyak lagi kelebihan dan kebaikan  berpuasa . Terlampau banyak sangat Allah berikan kebaikan orang yang berpuasa ni tau. Okey, jari aku dah penat lah. Ini pun tengah menaip sambil kesedihan sebab tak dapat bersahur tadi :'(. Apa yang aku nak tekankan kat korang kat sini ialah di bulan ramadhan yang penuh barakah ini ,marilah kita bersama-sama menjalani ibadah puasa dengan rasa penuh kesabaran dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Okey?


  xiQ~


0 comments:

Post a Comment

Nur Yasira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Mohd Haziq Putra + Nur Yasira

Daisypath Anniversary tickers

Total PageViews

About This Blog

Hanya Sekadar Luahan Hati yg ingin dikongsi...Lebih Baik aku Menulis dari Tidur Terus.... ^_^ Biarkan Jari yang berkata-kata sambil menari tanggo di atas keyboard. :D
Powered by Blogger.

Popular Posts

Haziq's Followers

About Me

My photo
aku adalah aku. hanya ingin berkongsi luahan hati dan ilmu yang ada serba sedikit. tersilap kata, terkasar bahasa sehingga menusuk kalbu pembaca adalah tidak disengajakan sama sekali. (",)y.. te hee

Popular Posts